Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Zizan Cedera Semasa Jalani Pengambaran Filem Polis Evo 2


Pelakon dan pelawan terkenal Zizan Razak dilaporkan mengalami kecederaan diset pengambaran Polis Evo 2 selepas melakukan satu babak aksi untuk filem tersebut.

Berita tersebut dimuatnaik dilaman Facebook dan Instagram beliau sebentar tadi.

Dalam posting berkenaan, pengendali berkenaan memuatnaik gambar berserta status yang meminta peminat mendoakan kesihatan Zizan serta menyampaikan pesanan agar tidak menonton filem cetak rompak dan merakam tayangan filem tempatan secara haram.

Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin

Pengambaran filem Polis Evo 2 telah dimulakan dan diharap kejadian yang berlaku pada hari ini tidak akan menganggu perjalanan pengambaran filem berkenaan.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan yang dialami oleh pelakon terbabit, diharapkan kecederaannya tidak serius.



Related posts

Zizan Tercalon Dalam 3 Kategori ABPBH Ke-35 Termasuk Kategori Couple Paling Popular

Kakimuvee

HEIST DILADHA: Telefilem Arahan Zizan Razak & Issey Fazlisham Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidil Adha

Kakimuvee

Astro Shaw Lancar Trailer Rasmi Pertama ‘Polis Evo 3’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Abang Long Fadil 3 Raih RM18 Juta Dalam Tempoh 11 Hari Tayangan

Kakimuvee

Baru Tayangan ‘Sneak Preview’, Abang Long Fadil 3 Sudah Kutip RM1.2 Juta

Kakimuvee