Zazie Beetz, Ken Jeong Bintangi Filem Animasi Extinct

42
views

Bintang filem Deadpool 2 dan pelakon komedi Ken Jeong dilaporkan bakal membintangi sebuah filem animasi terbitan produksi dari China / Hong Kong berjudul Extinct. Filem tersebut diterbitkan secara bersama oleh syarikat  China Lion, HB Wink, Huayi Tencent Entertainment, dan Tolerable Entertainment

Extinct mengisahkan tentang dua ekor “flummels” iaitu Op dan Ed yang secara tidak sengaja telah merentasi masa dari tahun 1835 ke bandar moden Shanghai. Kedua-dua mendapati bahawa spesis mereka semakin pupus dan berusaha untuk menyelamatkannya.

Turut membintangi filem ini adalah Rachel Bloom, Adam DeVine, Jim Jefferies, Catherine O’Hara, Reggie Watts dan Alex Borstein.

Pengarah filem The Simpsons Movie, David Silverman akan mengarahkan animasi ini berdasarkan skrip yang dituilis oleh Joel Cohen, John Frink dan Rob La Zebnik.

Extinct akan menemui penonton tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here