Berita

Zazie Beetz Berminat Untuk Bawa Peranan Storm Dalam MCU

Zazie Beetz sebagai Storm, sesuai tak?

Views

Marvel Studios masih belum mendedahkan secara terperinci mengenai X-Men di Marvel Cinematic Universe. Namun peminat tahu bahawa pihak studios mungkin akan membuat rombakan secara besar-besaran termasuklah yang melibatkan para pelakonnya.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada pihak Marvel akan menukar semua barisan pelakon X-Men atau mengekalkan segelintir pelakon yang menjadi kegemaran peminat. Tetapi bagi bintang filem Deadpool 2 dan Joker, Zazie Beetz, dia secara terbuka menyatakan minatnya untuk bawakan salah satu watak penting ahli kumpulan X-Men. 

Ketika ditembual ScreenGeek baru-baru ini, Beetz mendedahkan bahawa dia pernah menghadiri ujibakat untuk watak Storm, namun watak tersebut telah diberkan kepada pelakon Alexandra Shipp.

Tetapi selepas Disney berjaya membeli Fox dan watak tersebut mungkin akan dibuka untuk pelakon lain, Beetz mendedahkan bahawa dia terbuka untuk membawa watak Storm dalam filem reboot X-Men akan datang.

“Yeah, I think I would be down,” 

“I guess obviously it depends on the script and it depends on if I think it’s a good script. I think it would be super fun to do that. Storm also essentially is such an iconic character. I mean it would be kind of big shoes to fill, I think. I wouldn’t want to confuse audiences too much and be all over the place and now I’m doing DC as well.”

“I think it would be super fun. I think it would be a dope opportunity.”

Dalam filem Deadpool 2 yang lalu, Beetz memainkan peranan sebagai Domino disamping Ryan Reynolds dan Josh Brolin. Walaupun dia telah memainkan satu peranan dalam filem Marvel, ia tidak akan menjadi masalah kerana beberapa watak dalam MCU telah dilakonkan oleh pelakon yang sama.

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda berminat untuk melihat Zazie Beetz memainkan peranan sebagai Storm? kongsikan pendapat anda.

BACA:  "Gergasi" Mengejar Dalam Klip Filem Ant-Man And The Wasp

Tinggalkan Balasan

shares