Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zawe Ashton Bawa Watak Villain Dalam “Captain Marvel 2”

Pelakon Inggeris Zawe Ashton (Velvet Buzzsaw) dilaporkan sertai Brie Larson dalam filem terbaru Marvel Studios Captain Marvel 2.

Butiran lanjut mengenai karakter yang akan dilakonkan Ashton masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber (via Deadline), dia akan membawa watak villain utama dalam filem arahan Nia DaCosta itu.


Filem pertama mengikuti kisah Carol Danvers (Brie Larson) ketika dia menjadi salah satu pahlawan paling kuat di dunia ketika Bumi terperangkap di tengah-tengah perang galaksi diantara dua bangsa makhluk asing.

Lebih dari satu dekad sebelum peristiwa di Iron Man pada tahun 2008, Captain Marvel adalah pengembaraan baru dari zaman yang tidak pernah dilihat dalam sejarah Marvel Cinematic Universe.

Dilancarkan pada bulan Mac 2019, Captain Marvel mencapai kejayaan box office apabila mengutip lebih $1.129 billion dolar dipasaran global dengan anggaran kos pembikinan sekitar $175 juta dolar.

Captain Marvel 2 dijadualkan tayangan pada 11 November 2022.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment