Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Zack Snyder’s Justice League” Berjaya Tarik 1.8 Juta Isi Rumah Selepas 5 Minit Dilancarkan

Kempen #RestoreSnyderVerse” harus digerakkan para peminat DC!

Menurut Samba TV (via Deadline), filem “Zack Snyder’s Justice League” telah menunjukkan prestasi yang cukup mengagumkan apabila berjaya menarik 1.8 juta pelanggan HBO Max dalam tempoh 5 minit pertama selepas ia dilancarkan. 

Secara perbandingan, “Wonder Woman 1984” telah menarik 2.2 juta isi rumah di A.S pada Disember yang lalu, tetapi angka tersebut tetap menjadi kemenangan besar bagi Zack Snyder dan HBO Max. 

Apa yang menariknya, “Zack Snyder’s Justice League” berjaya mengatasi minggu pembukaan siri terbaru Marvel “The Falcon and the Winter Soldier“, yang telah menarik 1.7 juta isi rumah.

“Justice League” menjana $657.9 juta dolar seluruh dunia dengan anggaran kos produksi sebanyak $300 juta dolar pada November 2017. Pada waktu itu, pihak studio kerugian $60 juta dolar. 

Kini, kos filem tersebut mencecah $370 juta dolar – $70 juta telah diberikan kepada Zack Snyder untuk melakukan penggambaran semula dan penambahan VFX. 

Walaupun kos produksi meningkat, pelaburan Warner Bros. nampaknya berbaloi dan “Justice League” mampu menjadi permata kepada HBO Max.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee