Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Nampaknya strategi WarnerMedia untuk menayangkan filemnya secara serentak di pawagam dan HBO Max tampak berbaloi.

Selain dari berjaya mengutip ratusan juta dolar di seluruh dunia melalui jualan tiket wayang, filem-filem blockbuster Warner Bros. telah banyak membantu pertumbuhan HBO Max. Menurut Comingsoon, HBO Max berjaya menarik hampir tiga juta pelanggan, dan semua datang dari pelancaran beberapa filem blockbuster seperti Godzilla vs. Kong dan Zack Snyder’s Justice League.

Pendapatan WarnerMedia dari langganan terus ke pengguna meningkat kira-kira 35 peratus, sementara jumlah pendapatannya kini sebanyak 8.5 bilion, meningkat hampir 10 peratus. “Pendapatan kandungan adalah $AS3.4 bilion, naik 3.5 peratus kerana penjualan yang lebih tinggi kepada HBO Max untuk produk teater dan pelesenan rangkaian asas yang lebih tinggi,” kata syarikat itu dalam laporan kewangannya.

“HBO Max terus memberikan pertumbuhan pelanggan dan pendapatan yang kuat sebelum pelancaran antarabangsa” kata CEO AT&T John Stankey

Jelas sekali, langkah HBO Max untuk meletakkan filem di perkhidmatan penstrimannya selain pawagam semasa wabak ini telah membuahkan hasil yang cukup besar. 

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee