Berita

Zack Snyder Sanggup Musnahkan Filem JUSTICE LEAGUE Dari Guna Rakaman Joss Whedon

Views

Ketika bercakap di “Justice Con” baru-baru ini, pengarah asal Justice League, Zack Snyder menegaskan bahawa dia tidak akan menggunakan apa-apa bahan atau rakaman dari pengarah Joss Whedon.

Snyder juga turut menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali untuk menyiapkan versi ‘Snyder Cut’ sekiranya tidak diberi kebebasan penuh dalam mengendalikan projek dan sanggup membakar filemnya itu dari menggunakan rakaman yang bukan datang darinya.

“There would be no way…I would rather, I would destroy the movie, I would set it on fire before I would use a single frame that I did not photograph,”

 “That is f***ing hard fact.”

Untuk info, Warner Bros. telah mengambil Whedon untuk menyelesaikan filem Justice League selepas Zack Snyder dipaksa  berundur dari kerusi pengarahan berikutan kematian anak perempuannya. Bagaimanapun, sentuhan Whedon dianggap gagal, dan menimbulkan kritikan hebat dari peminat.

Sehubungan dengan itu, kempen #ReleaseSnyderCut telah dilancarkan peminat bagi mendesak Warner Bros. melepaskan filem Justice League yang disunting sendiri oleh Zack Snyder.

Diharapkan Justice League kali ini lebih menarik dari versi Whedon, lebih-lebih lagi selepas Snyder memberi jaminan bahawa segala idea kreatif datang darinya tanpa campur tangan dari mana-mana pihak terutamanya Warner Bros.

Justice League versi Snyder akan ditayangkan di HBO Max pada pertengahan 2021.

BACA:  Nickelodeon Bangunkan Siri Spin Off Patrick Star

Tinggalkan Balasan

shares