Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Sahkan Penampilan Darkseid JUSTICE LEAGUE ‘Snyder Cut’

Tidak banyak babak-babak menarik yang dapat dilihat peminat setelah suntingan Justice League diambil-alih Joss Whedon.

Paling mengecewakan, bekas pengarah Avengers: Age of Ultron itu lebih menumpukan babak keluarga Rusia yang sedang melarikan diri dari serangan Steppenwolf, dan mengeluarkan beberapa subplot yang melibatkan watak seperti Ryan Choi, Iris West, dan Martian Manhunter.

Paling terkesan dengan suntingan Joss Whedon sudah tentunya Darkseid!

Peranan Darksied dalam Justice League mungkin nampak kecil, tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting dalam filem arahan Zack Snyder dimana ia muncul dalam visi, babak akhir dan pertempuran di Bumi bagi merebut Mother Boxes ribuan tahun dahulu (sebagai Uxas).

Ketika bercakap kepada The Hollywood Reporter, Snyder membincangkan keterujaan untuk menayangkan filem Justice League versinya, dan turut menyatakan bahawa peminat mungkin menjangkakan kemunculan Darkseid dalam filem akan datang.

Sebelum ini, pembikin filem itu telah kongsikan beberapa gambar belakang tabir karakter villain itu, dan turut mengesahkan bahawa peranan tersebut dilakonkan oleh Ray Porter.

Jadi kepada para peminat, kita nantikan filem Justice League yang akan disunting oleh Zack Snyder sendiri, dan melihat pengaruh Darkseid terhadap plot utama yang sebelum ini telah dibuang oleh Joss Whedon.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment