Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Merestui Kepulangan Michael Shannon Sebagai General Zod Dalam ‘The Flash’


Michael Shannon bersedia untuk kembali ke DCU sebagai General Zod dalam filem The Flash pada tahun ini. Menjelang kepulangannya, dia infgin mendapat restu dari pengarah Zack Snyder. 

Semasa bercakap di podcast Bingeworthy, Shannon mendedahkan cara dia mula-mula menghubungi Snyder sebelum bersetuju kembali ke DC Universe. Menurutnya, dia hanya ingin mendapatkan restu dari pengarah itu sebelum kembali mengulangi wataknya. 

Shannon berbuat demikian kerana dia ‘tidak gembira’ tentang apa yang berlaku pada Snyder dan kontroversi yang melanda Justice League. 

“Saya teragak-agak kerana saya tidak begitu gembira dengan apa yang berlaku kepada Zack Snyder [kontroversi Justice League,” kata Shannon.

“Dan, saya sangat sayangkan Zack. Fakta bahawa Zack meminta saya memainkan bahagian [watak] itu – mungkin kejutan terbesar dalam kerjaya saya. Ia hampir terasa seperti jenaka. Saya seperti, ‘Awak main-main bukan?'”


Shannon berkata lagi bahawa Snyder memahami tentang kepulangannya ke DCU, dan akhirnya memberikan pelakon itu restunya. Dia juga memuji pengarah Andy Muschietti, yang mengarahkan The Flash

“Zack, sangat memahami,” kata Shannon. “Dia memberi saya restunya, dan saya pergi untuk melakukannya. Saya juga suka Andy. Saya suka bekerja dengan Andy. Mereka berdua adalah lelaki yang sangat kreatif.”

Michael Shannon pertama kali muncul sebagai Zod dalam Man of Steel 2013. Dia akan mengulangi peranan itu dalam The Flash, yang akan ditayangkan pada 16 Jun 2023.


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee