Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.


Menjelang acara ‘Full Circle’ yang akan berlangsung pada bulan hadapan, pengarah Justice League, Zack Snyder telah kongsikan poster terbaru yang menampilkan tugu Superman. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah. 

Apabila Man of Steel dilancarkan pada 2013, ramai peminat tidak menyangka ia akan membina ‘shared universe’ yang kemudiannya dikenali secara tidak rasmi sebagai ‘DCEU’.

Filem Batman v Superman: Dawn of Justice menampilkan dua karakter popular DC yang bertarung antara satu sama lain sertai cameo dari watak Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan The Flash, yang sekaligus membentuk pasukan esembel dalam filem Justice League. 

Walaupun Justice League gagal memberikan cerita yang diharapkan penonton, Warner Bros. akhirnya membenarkan Zack Snyder’s Justice League dilancarkan di platform HBO Max, terima kasih atas gerakan #ReleaseTheSnyderCut yang digerakkan oleh peminat. 

Kini, peminat mula berkempen #RestoreTheSnyderVerse bagi mendesak Warner Bros. agar membenarkan pengarah itu meneruskan perancangan sekuelnya. 


Bagaimanapun, kempen tersebut nampaknya gagal membuka mata pihak studios, tetapi ia tidak bermakna Snyder tidak diberikan peluang. Warner Bros. kini memberi peluang kepada Zack Snyder untuk mengembalikan nostalgia DCEU-nya menerusi acara ‘Full Circle’ yang bakal menampilkan tayangan IMAX untuk ketiga-tiga filemnya pada bulan hadapan. 

Snyder yang kini sedang sibuk membina dunia angkasa lepas di Netflix menerusi francais Rebel Moon mungkin beranggapan acara tersebut sebagai ucapan selamat tinggal kepada peminat DC, tetapi bagi peminat, ia menjadi satu peluang untuk menyokong kempen #RestoreTheSnyderVerse, sekaligus mendesak Warner Bros. untuk membenarkan Snyder menyambung perancangannya tertangguh. 

Apapun, Snyder nampaknya teruja dengan acara akan datang, dan telah kongsika poster untuk acara tersebut di media sosial Twitter miliknya. Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada Warner Bros. yang menyokong acara tersebut. 


Related posts

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

Trailer REBEL MOON Papar Visual Menakjub Dari Zack Snyder

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee