Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Kongsikan Pandangan Pertama Army Of The Dead

Walaupun tidak hadir ke konvensyen San Diego Comic-Con, pengarah Zack Snyder tetap memberi sedikit perkembangan mengenai filem terbarunya, Army of the Dead. Dia sempat berkongsikan pandangan pertama filem tersebut berserta ‘caption’ yang menyatakan sebab tidak dapat hadir ke SDCC 2019. Anda boleh lihat gambar para pelakon filem zombi itu dibawah.

Couldn’t make it to #SDCC2019 because we’re busy killing zombies.”

Army of the Dead akan mengisahkan tentang sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Filem ini dibintangi Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Skrip filem ditulis oleh Zack Snyder sendiri dengan kerjasama Joby Harold (King Arthur: Legend of the Sword) dan Shay Hatten (John Wick: Chapter 3 – Parabellum). Snyder juga turut bertindak selaku filem ini bersama-sama Deborah Snyder dan Wesley Coller.

Army of the Dead telah memulakan penggambaran pada minggu ini dan dijangka akan menemui penonton di laman streaming Netflix pada tahun hadapan.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment