Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Kongsi Gambar Belakang Tabir “Rebel Moon”


Pengarah Zack Snyder telah kongsikan gambar belakang tabir dari filem Rebel Moon, sebuah filem sci-fi penggembaraan terbarunya yang diilihamkan dari filem Seven Samurai. 

Pengarah Justice League itu memohon maaf atas kualiti rakaman (tiada seorang pun pelakon yang boleh dikenal pasti), tetapi gambar belakang tabir itu masih memberikan kepada kita gambaran tentang set rakaman yang rumit yang boleh kita jangkakan apabila filem itu ditayangkan di Netflix.

Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah:

Sofia Boutella (Atomic Blonde, The Mummy) memainkan peranan utama sebagai “seorang wanita muda dengan masa lalu yang misteri yang mencari pahlawan di planet jiran untuk membantu koloni yang aman di pinggi galaksi menentang Pemangku Raja Balisarius yang zalim.”

“Seorang wanita muda dengan masa lalu yang misterius yang mencari pahlawan dari planet jiran untuk membantu koloni yang aman di pinggir galaksi mengambil pendirian menentang Pemangku Raja Balisarius yang zalim.”


Bintang Deadpool, Ed Skrien akan menggantikan tempat Rupert Friend, yang terpaksa berundur dari projek disebabkan percanggahan jadual. Butiran lanjut mengenai peranan Skrien masih belum didedahkan, tetapi dia dipercayai akan membawa peranan antagonis utama. 

Menyertai Boutella dan Skrien adalah Cleopatra Coleman (Dopesick), Fra Fee (Hawkeye), dan Rhian Rees (Nope), serta Djimon Hounsou, Cary Elwes, Corey Stoll, Michiel Huisman, Alfonso Herrera, Charlie Hunnam, Doona Bae, Ray Fisher, Stuart Martin, Jena Malone, Staz Nair, E. Duffy, Charlotte Maggi, dan Sky Yang.

Snyder turut menghasilkan lakon layar bersama Shay Hatten dan Kurt Johnstad, dan menerbitkan filem ini bersama Deborah Snyder, dan Wesley Coller. 

Rebel Moon akan ditayangkan di perkhidmatan streaming Netflix. Anda boleh membaca sinopsis dibawah:

“Koloni yang aman di pinggir galaksi diancam oleh tentera seorang raja yang zalim bernama Balisarius. Rakyat yang terdesak telah menghantar seorang wanit muda dengan masa lalu yang misteri untuk mencari pahlawan dari planet jiran bagi membantu mereka berdiri menentang penjahat.”


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee