Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Pengarah Zack Snyder telah kongsikan video pengoda “transmission” dari penjahat ikonik DC Comic Darkseid. 

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Snyder menulis kapsyen “#fullcircle” serta berkongsi video yang menyebut “Incoming Transmission From Lord Darkseid,” disusuli dengan naratif yang meminta penonton menetapkan tarik temujanji pada 28 hingga 30 April, 2023. 

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai acara yang digoda Snyder untuk tarikh tersebut. 

Anda boleh lihat tweet Zack Snyder dibawah:

Darkseid merupakan antagonis utama dalam filem Zack Snyder’s Justice League, yang dilancarkan pada 2021 – hampir empat tahu selepas tayangan filem Justice League. 

Versi potongan Snyder itu menampilkan beberapa karakter yang tidak ditunjukkan dalam versi pawagam dan durasi tayangannya juga melebih empat jam. 

Pada penghujung 2022, DC Studios telah mengambil James Gunn dan penerbit Peter Safran untuk mengemudi syarikat itu sebagai CEO bersama, dan mereka berdua telah membuat keputusan untuk menyusun semula kesemua projek filem dan television DC. 

Fasa pertama DC Universe dipanggil Chapter One: Gods and Monsters, yang akan menampilkan beberapa filem dan rancangan televisyen yang berbeza. Beberapa projek telah diumumkan antaranya filem yang akan memberi fokus pada watak Batman dan Robin yang bertajuk The Brave and the Bold, filem Supergirl yang bertajuk Supergirl: Woman of Tomorrow, filem Swamp Thing dan beberapa rancangan televisyen. 

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment