Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Zack Snyder Dedahkan Teaser JUSTICE LEAGUE Yang Turut Menampilkan Darkseid


Zack Snyder telah mendedahkan teaser Justice League suntingannya sendiri di media sosial Twitter. Teaser tersebut menunjukkan Diana Prince melihat ukiran villain Darkseid. Anda boleh saksikan teaser tersebut dibawah,

Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee