Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Dedah Tarikh Tayangan “Justice League”

Zack Snyder nampak mengesahkan tarikh tayangan filem Justice League di HBO Max. Ketika bersoal jawab dengan peminat di akaun Vero miliknya, Snyder mendedahkan bahawa Justice League akan memulakan tayangan pada bulan MAC.

Untuk info, 25 Mac 2021 merupakan ulangtahun kelima filem Batman v Superman: Dawn of Justice. Selain itu juga, kebanyakkan filem Snyder ditayangkan pada bulan Mac seperti Dawn of the Dead (10 Mac 2004), 300 (9 Mac 2007), Watchmen (6 Mac 2009) dan Sucker Punch (25 Mac 2011).


Selepas gagal dipentas box office, Justice League akan dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Akan ditayangkan di HBO Max tahun hadapan, Justice League akan dipecahkan kepada 4 bahagian, yang mana setiap bahagian akan berdurasi 1 jam, serta akan dilancarkan dalam versi penuh, iaitu filem yang berdurasi 4 jam.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Leave a Comment