Zack Snyder akhirnya mendedahkan sut hitam Superman kepada para peminat semasa acara JUSTICE CON yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam sebuah klip yang dikongsikan di media sosial Twitter, ia memaparkan Superman – yang memakai sut hitam -, bertemu dengan Alfred di Bat Cave. Anda boleh saksikan klip video tersebut
Snyder merupakan salah seorang tetamu semasa sesi panelis atas talian Justice Con disamping beberapa tetamu lain seperti Ray Fisher dan Jay Oliva. Dijangkakan, lebih banyak info mengenai Justice League akan didedahkan semasa acara DC Fandom yang akan berlangsung Ogos ini.
Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.
Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.
"The idea is that every single person is a producer for this movie." – Zack Snyder on the new JUSTICE LEAGUE t-shirt for fans. pic.twitter.com/XA4f3nTb0p
— Walt (@UberKryptonian) July 25, 2020
BLACK SUIT SUPERMAN! #JusticeCon #ZackSnydersJusticeLeague pic.twitter.com/IZfGCGQa3c
— Alex Lobo needs ☕️ (@GeekLawGrad) July 25, 2020