Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Zack Snyder Dedah Klip Terbaru “Justice League” Menjelang Pelancaran Trailer Terakhir Pada Minggu Hadapan

Zack Snyder telah mendedahkan klip terbaru untuk trailer terakhir Justice League yang menunjukkan kehebatan Victor Stone aka Cyborg dalam sukan football. Klip itu juga turut mendedahkan pelancarkan trailer terakhir filem tersebut, iaitu pada 14 Februari jam 9.14 pagi (waktu Pasifik).

Anda boleh saksikan klip tersebut dibawah. 


Justice League versi Zack Snyder akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama.

Selepas gagal dipentas box office, Justice League dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment