Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Akhirnya Dedahkan Foto Henry Cavill Menggunakan Sut Hitam Superman

Sebelum filem Justice League ditayangkan kepada umum, terdapat spekulasi yang cukup kencang dikalangan peminat mengenai Superman yang akan menggunakan sut hitamnya.

Teori sut hitam Superman mula timbul selepas peminat mengentahui adiwira tersebut akan kembali dihidupkan dalam filem Justice League, sepertimana yang dipaparkan dalam versi komik.

Bagaimanapun, teori peminat tidak tepat apabila Justice League ditayangkan kepada penonton, dan rata-rata mereka percaya idea sut hitam Superman telah dibuang Warner Bros. dan Josh Whedon, selaku pengarah yang menyiapkan filem itu selepas Zack Snyder berundur dari projek berkenaan.

Kini, selepas beberapa tahun, Snyder menerusi laman sosial Vero telah mendedahkan gambar Henry Cavill yang menggunakan sut hitam Superman, sekaligus mengesahkan teori para peminat.

Pendedahan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat dan rata-rata mereka terus mendesak pihak studio agar melepaskan filem Justice League versi Snyder.

Anda boleh lihat gambar yang dikongsikan Snyder dibawah, dan berikan pendapat anda mengenai sut hitam Superman diruang komen.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment