Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zachary Levi Mahu Hasilkan Filem Chuck Di Netflix


Pelakon siri televisyen Chuck yang pernah popular suatu ketika dulu, Zachary Levi menyatakan hasrat untuk menghasilkan filem Chuck yang akan ditayangkan di stesen televisyen berbayar, Netflix.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab festival Heroes & Villains Fan Fest San Jose baru-baru ini.

“I have some ideas for a plot that I think is genius, but what I would love to do is, essentially, Chuck movies. But not in the movie theaters. I would love to go to Netflix and every two years, do an hour and half to two hour Chuck movie.”

Menurut Levi lagi, beliau mahu hasilkan filem Chuck mirip seperti siri James Bond.

“I think Chuck is kind of a perfect premise to do those one-off installments, in the same way that Bond does it. Not to compare Chuck to Bond, but isn’t it really the same thing?” “But it’s a happy-go-lucky kind of sillier version of James Bond. We had our baddie of the week every week or sometimes the entire year. And that’s a way easier thing to get the whole band back together for.”

Siri Chuck telah berlangsung selama 5 musim (91 episode) sejak tahun 2007 sehingga 2012 di saluran NBC dan mengisahkan Chuck Bartowski, pekerja kedai komputer yang menjadi pengintip untuk kerajaan. Siri itu juga menampilkan beberapa watak yang dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama antaranya CIA Agent Sarah Walker (Yvonne Strahovski), NSA Agent colonel John Casey (Adam Baldwin), dan Morgan Grimes (Joshua Gomez).

Buat masa ini, tidak maklumat lanjut mengenai filem Chuck yang bakal dihasilkan. Penampilan terbaru Zachary Levi di layar perak adalah dalam filem Thor: Ragnarok dengan membawakan watak pahlawan Asgrad iaitu Fandral dan bakal menjadi superhero Shazam dalam filem DC akan datang yang berjudul Shazam!



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee