Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zachary Levi Dedahkan Bila Penggambaran Shazam! 2 Bermula

Pelakon utama filem Shazam! Zachary Levi memberikan sedikit perkembangan terbaru mengenai sekuel filem lakonannya itu.

Ketika ditemubual wartawan Associated Press baru-baru ini, Levi mendedahkan penggambaran filem kedua Shazam! akan bermula sekurang-kurangnya awal musim panas tahun hadapan.


Menurutnya lagi, kerja-kerja menulis skrip Shazam! 2 telahpun bermula.

“The actor said scriptwriting for the sequel has already begun and expects to start filming either in late spring or early summer next year.”

Walaupun Shazam! 2 belum diumumkan secara rasmi oleh DC, beberapa perkembangan terbaru mengenai filem tersebut telah mengesahkan sekuel Shazam! akan dihasilkan. Penulis skrip Henry Gayden, pengarah David F. Sandberg dan penerbit Peter Safran dilaporkan kembali dalam projek terbaru Shazam! akan datang.

Shazam! yang ditayangan April yang lalu telah menerima respon positif dari peminat dan pengkritik filem. Filem adiwira itu juga turut berjaya meraih $363 juta dolar seluruh dunia.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment