Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Tiga drama terbaru yang dinanti-nantikan telah memulakan tayangan mereka pada waktu yang sama malam semalam. 

Menurut Soompi, ketiga-tiga drama tersebut, iaitu Yumi’s Cells, One the Woman, dan The Veil, telah menyertai pertarungan rating penonton untuk drama Jumaat dan Sabtu.

Drama komedi One the Woman lakonan Honey Lee dan Lee Sang Yoon, mendahului senarai dengan mencatatkan purata rating 8.2 peratus untuk episod pertamanya. Bagaimanapun, drama pengintipan lakonan Namgoong Min, The Veil, memberi saingan sengit dengan pura rating 7.2 peratus. Kedua-dua drama tersebut ditayangkan waktu yang sama, iaitu jam 10.00 malam KST.

Sementara itu, drama romantik komedi lakonan Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun, Yumi’s Cells, yang keudara sedikit lewat, iaitu pada 10.50 malam KST, membuka episod pertamanya dengan rating 2.1 peratus. 

One The Woman dan The Veil boleh ditonton di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD) dan Oh!K (Saluran 394 HD), manakala Yumi’s Cells boleh di strim di perkhidmatan streaming iQiyi

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment