
Drama tvN Yumi’s Cells terus menunjukkan prestasi baik apabila merekodkan satu lagi penilaian penonton tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Yumi’s Cells telah mencatatkan purata rating 2.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.2 peratus, menandakan rating tertinggi terbaru untuk drama ini.
Sementara itu, drama SBS One the Woman meneruskan penguasaannya sebagai drama yang paling ramai penonton pada minggu ini, dengan peningkatan rating ketahap 14.0 peratus untuk episod terbaru.
Walaupun menghadapi saingan sengit dari One the Woman, drama MBC The Veil – yang keudara dalam slot waktu yang sama – turut menikmati peningkatan jumlah penonton pada malam semalam. Episod terbaru drama pengintipan itu telah merekodkan rating 8.3 peratus.
One The Woman dan The Veil boleh ditonton di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD) dan Oh!K (Saluran 394 HD), manakala Yumi’s Cells boleh di dapati di perkhidmatan streaming iQiyi.
Sumber: Sompi