Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Drama terbaru tvN Yumi’s Cells telah mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod keempat drama romantik komedi lakonan Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun itu telah mencapai rating 2.5 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Yumi’s Cells berkisar tentang kehidupan seorang pekerja pejabat berumur 30-an, Yumi (Kim Go-eun) yang penceritaannya diolah dari perspektif sel-sel otaknya. Apabila dia bertemu dengan seorang pencipta permainan video (lakonan Ahn Bo-hyun), Yumi mula memikirkan tentang cinta. Drama terbaru ini boleh di strim di iQiyi. 

Sementara itu, drama Hometown Cha-Cha-Cha menikmati peningkatan penilaian penonton untuk episod terbarunya, dengan merekodkan prating 9.1 peratus. Drama romantik komedi lakonan Kim Seon Ho dan Shin Mih Ah itu telah menduduki tempat pertama dalam slot waktunya. Hometown Cha-Cha-Cha kini tersedia di perkhidmatan streaming Netflix

Drama terbaru SBS, One the Woman kekal kukuh apabila episod terbaru mencatakan rating 12.6 peratus. Drama lakonan Honey Lee dan Lee Sang Yoon itu menduduki tempat pertama dalam slot waktnya dan turut menjadi minisiri yang paling ramai penonton sepanjang minggu.

Episod keempat drama pengintipan The Veil mencatatkan penurunan berbanding episod sebelumnya dengan rating 8.3 peratus. One The Woman dan The Veil boleh ditonton di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD) dan Oh!K (Saluran 394 HD),

Akhir sekali, rating drama JTBC Lost jatuh ketahap terendah dengan hanya mencatatkan penilaian penonton sebanyak 1.4 peratus untuk episod terbaru.Lost boleh distrim di iQiyi

Related posts

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

Leave a Comment