Slot Asia

Yoon Shi Yoon Temui Dirinya Sendiri Dalam Teaser Terbaru TRAIN

Views

OCN telah melancarkan teaser terbaru Train, sebuah drama sains fiksyen trailer lakonan Yoon Shi Yoon. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Digambarkan sebagai drama suspen dalam dunia yang selari, Train akan menceritakan kisah seorang lelaki yang cuba merungkai kebenaran disebalik kematian orang yang dicintainya. Dalam proses itu, dia akhirnya bergerak ulang-alik diantara dua alam semesta yang selari.

Teaser terbaru ini memperkenalkan kepada penonton dua alam sejajar dalam skrin yang berbeza, menggambarkan lokasi yang sama dengan perbezaan warna oada skrin. Yoon Shi Yoon dilihat berjalan di sepanjang trek keretapi di kedua-dua dunia, dan dua gambar berputar ke arah bertentangan sehingga mereka sejajar untuk membentuk satu trek kereta api.

Yoon Shi Yoon akan memainkan peranannya sebagai Seo Do Won, seorang detektif yang tidak gentar dalam memerangi jenayah. Pelakon tersebut akan mengambil dua peranan dalam drama ini iaitu watak yang melompat antara dua alam semesta selari dengan harapan dapat menebus dosa ayahnya, dan juga watak yang menjalani kehidupan yang tidak menentu kerana dosa-dosa itu.

BACA:  Korea Bakal Remake Siri Popular Netflix MONEY HEIST

Train dijadualkan tayangan pada bulan Julai ini dan akan tersedia dengan sari kata bahasa Inggeris di Viki.

Tinggalkan Balasan

shares