Official TrailerSlot Asia

Yoon Shi Yoon Menjanjikan Suspen & Misteri Dalam Drama Sci-Fi Terbaru Berjudul TRAIN

Views

OCN telah melancarkan teaser drama terbaru mereka berjudul Train (tajuk literal)

Digambarkan sebagai drama suspen dalam dunia yang selari, Train akan menceritakan kisah seorang lelaki yang cuba merungkai kebenaran disebalik kematian orang yang dicintainya. Dalam proses itu, dia akhirnya bergerak ulang-alik diantara dua alam semesta yang selari.

Yoon Shi Yoon, Kyung Soo Jin dan Shin So Yul disahkan membintangi drama ini.

Yoon Shi Yoon akan memainkan peranannya sebagai Seo Do Won, seorang detektif yang tidak gentar dalam memerangi jenayah. Pelakon tersebut akan mengambil dua peranan dalam drama ini iaitu watak yang melompat antara dua alam semesta selari dengan harapan dapat menebus dosa ayahnya, dan juga watak yang menjalani kehidupan yang tidak menentu kerana dosa-dosa itu.

Train dijadualkan tayangan pada bulan Julai ini dan akan tersedia dengan sari kata bahasa Inggeris di Viki.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks