Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Yoon Shi Yoon, Jung In Sun, & Park Sung Hoon Bakal Bintangi Drama Terbaru Berjudul Psychopath Diary

Yoon Shi Yoon, Jung In Sun, dan Park Sung Hoon akan membintangi drama thriller misteri jenayah terbaru tvN bertajuk Psychopath Diary. Drama tersebut dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Drama ini mengisahkan seorang lelaki bernama Yook Dong Shik, secara tidak sengaja menyaksikan satu pembunuhan dan kehilangan ingatannya selepas terlibat dalam kemalangan ketika lari dari tempat kejadian. Dia terjaga tanpa mengentahui identitinya dan tersilap anggap dirinya sebagai pembunuh apabila dia menjumpai diari pembunuh berada di tangannya.


Yoon Si-Yoon akan memainkan peranan sebagai Yook Dong-Sik, manakala Jung In Sun sebagai pegawai polis, Sim Bo-Kyung dan Park Sung Hoon sebagai Seo In-Woo, pengarah sebuah syarikat tempat Yook Dong-Sik bekerja.

Drama ini akan diarahkan oleh Lee Jong-Jae manakala skrip ditulis oleh Ryoo Yong-Jae, Kim Hwan-Chae dan Choi Sung-Joon.

Related posts

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Leave a Comment