Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Yondu Kekal Mati” – James Gunn

Setiap yang hidup pasti akan mati… dan kekal mati, seperti yang ditekankan James Gunn ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai potensi kepulangan semula Yondu dalam filem “Guardians of the Galaxy Vol. 3

Karakter lakonan Michael Rooker itu jelas sekali terbunuh selepas dia mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak angkatnya, Peter Quill (Chris Pratt) pada akhir “Guardians of the Galaxy Vol. 2”. Namun, tidak semua peminat dapat menerima pemergiannya, dan mula berspekluasi mengenai kepulangan semula Yondu dalam filem akan datang. 

Marvel Studios tidak pernah merancang untuk membangkitkan kembali karakter itu dari kematian, dan Gunn juga menegaskan bahawa Yondu akan “kekal mati selagi dia terlibat dalam Guardians of the Galaxy”

Dalam perkembangan lain, Gunn mengesahkan bahawa perancangan “Guardians of the Galaxy Vol. 3” berada di landasan yang tepat, dan penggambaran dijangka bermula pada penghujung tahun ini.

Buat masa ini, butiran plot masih lagi disimpan rapi, tetapi dijangka watak-watak utama akan kekal dalam filem akan datang, termasuklah Gamora. 

Karakter Gamora, lakonan Zoe Saldana, telah terbunuh dalam filem “Avengers: Infinity War”, tetapi muncul kembali dalam “Avengers: Endgame” dengan perwatakan yang sedikit berbeza dari yang asal. Turut dijangka kembali adalah Sylvester Stallone sebagai Stakar Ogord/Starhawk dan Michael Rosenbaum sebagai Martinex, serta ahli-ahli asal Guadians yang lain. 

 

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee