Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Yeo Jin Goo & Shin Ha Kyun Memburu Pembunuh Bersiri Dalam Teaser Drama “Monster”

JTBC telah melancarkan teaser pertama drama akan datang berjudul Monster (literal title).

Monster adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri.

Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Klip dimulakan dengan Lee Dong Shik (lakonan Shin Ha Kyun) yang mengaku telah membunuh seseorang. Ketika Han Joo Won bertanya kepadanya bagaimana dia melakukannya, Lee Dong Shik berhenti sektika dan melihat dengan senyuman yang menakutkan. Suasana dingin semakin meningkat dengan pemandangan Lee Dong Shik mengiris daging mentah.

Latarbelakang berubah, dan Han Joo Won berlari melewati padang lalang dalam kegelapan gelap gulita. Dia menyuluhkan lampu ke arah seolah-olah yang sedang mencari sesuatu yang spesifik. Lee Dong Shik berkata, “Tiada rahsia di sini. Seseorang sentiasa memerhatikan semuanya.”

Kedua-dua watak itu memandang tegang di tengah padang. Suara Han Joo Won bertanya siapa pembunuhnya, dan kapsyen menanyakan perkara yang sama, dengan mengatakan, “Yang mana satu dari kita adalah raksasa?”

Monster akan memulakan tayangannya pada Februari 2021.

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha