Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Yelena Belova akan membuat penampilan sulung dalam filem Black Widow tahun depan, tetapi peminat mungkin akan melihat watak itu lagi lebih cepat dari yang disangka.

Menurut laporan The Directaktres Florence Pugh dikatakan bakal meneruskan peranannya dalam siri Disney+ Hawkeye. 

Buat masa ini, tidak banyak butiran lanjut diketahui, tetapi Belova dijangkakan akan mengenakan kostum Ronin sepertimana yang digunakan oleh Clint Barton (Jeremy Renner) dalam filem Avengers: Endgame. 

Walaupun penglibatan Belova dalam siri MCU akan datang masih belum disahkan, terdapat teori yang mengatakan bahawa, dia akan mengambil alih mantle “Black Widow” dari Natasha Romanoff yang telah mati dalam Endgame. 

Jika itu perancangannya, tidak mustahil Belova akan bertemu Barton memandangkan Barton dan Natasha merupakan kawan rapat. 

Hawkeye akan menjalani penggambaran pada minggu ini di pusat bandar Brooklyn, dan akan menemui penonton di platform streaming Disney+ pada musim luruh tahun hadapan. Manakala, filem Black Widow yang telah ditunda beberapa kali, telah ditetapkan jadual tayangannya iaitu pada 7 Mei 2021.

Related posts

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Leave a Comment