Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Yang Tak Terlihat, Saksikan Trailer Filem Seram Indonesia Berjudul Silam

Syarikat pengedar filem tempatan Antenna Entertainments membawakan kepada penonton di Malaysia, sebuah filem seram terbitan MD Pictures berjudul Silam, filem seram yang mampu membuatkan anda ketakutan.

Kisah seram ini mengenai seorang budak bernama Baskara yang lari dari rumah akibat tekanan perasaan dari kawan kawan disekolah dan ibunya dirumah. Baskara mengambil keputusan untuk lari kerumah pakciknya. Disebabkan nilai kekeluargaan yang tinggi dirasai oleh Baskara dirumah pakciknya itu dia nekad untuk terus kekal tinggal disitu.


Disangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis disiang hari. Keluarga yang disangkakan aman damai itu mempunyai sejarah tersendiri apabila Baskara sering melihat keluarga ini mengamalkan ritual yang misteri.

Kejadian seram semakin parah apabila satu malam Hijab Mata Baskara telah terbuka dengan tidak sengaja dan mula memperlihatkan dunia misteri yang tak pernah dia lihat sebelum ini.

Filem arahan Jose Poernomo dan lakonan Zidane Khalid, Surya Saputra serta Wulan Guritno ini akan menemui penonton mulai esok (18 Julai 2019)

Related posts

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Leave a Comment