Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Yahya Abdul-Mateen II Sahkan Peranan Morpheus Dalam ‘The Matrix Resurrections’

Susulan pelancaran trailer untuk ansuran keempat dalam siri The Matrix, bintang Candyman, Yahya Abdul-Mateen II mengesahkan peranannya sebagai Morpheus dalam The Matrix Resurrections. Pengesahan itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya.

Pemenang Anugerah Emmy itu mengambil alih peranan ikonik dari Laurence Fishburne, yang telah melakonkan watak tersebut dalam tiga filem awal. Selain itu juga, pengesahan Yahya membuka persoalan di kalangan peminat tentang garis masa dalam filem akan datang. 

Bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali menerajui dalam sekuel kali ini, meneruskan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity. Menyertai mereka adalah Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Christina Ricci, Telma Hopkins, Eréndira Ibarra, Toby Onwumere, Max Riemelt, Brian J. Smith, Daniel Bernhardt sebagai Ejen Johnson, Lambert Wilson sebagai The Merovingian, dan Jada Pinkett Smith sebagai Niobe.

Lana Wachowski mengarahkan filem ini, dengan lakon layar yang ditulis olehnya bersama David Mitchell & Aleksander Hemon. Wachowski turut menjadi penerbit bersama Grant Hill dan James McTeigue.

The Matrix: Resurrections akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. 

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment