Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

XX-Ray 3 Siap Sepenuhnya, Bakal Menemui Penonton Tidak Lama Lagi


Filem XX-Ray 3 bakal menemui penonton tidak lama lagi apabila ianya telah disiapkan sepenuh. Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh pengarahnya, Aziz M. Osman.

Menurutnya lagi, filemnya kini sedang dalam proses untuk mendapat slot tayangan di pawagam seluruh negara dan cuba mendapatkan tarikh pada penghujung atau awal tahun hadapan.

“Filem XX Ray 3 sidah siap dan akan cuba dapatkan tarikh tayangan pada Disember atau Januari 2019,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Selain itu juga, Aziz turut mengalu-alu kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi rakan kongsi untuk pengedaran dan promosi.

Terdahulu, Aziz berkata dia kembali menghasilkan filem ketiga daripada francais XX Ray ini selepas 23 tahun bukan kerana mahu mengenang atau menjual nilai nostalgia, sebaliknya berbuat demikian atas desakan penonton.


XX-Ray pertama kali ditayangkan pada tahun 1992 dan telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Kejayaan tersebut mendorong sekuelnya XX-Ray 2 dihasilkan pada tahun 1995

Filem terbitan Ace Motion Pictures ini menelan belanja sekitar RM2.5 juta dan akan menampilkan Izzue Islam dan Nonny Nadirah sebagai peneraju.

Sumber: Cinema Online


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee