Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

X-Men: Supernova, Filem Terbaru X-Men?

Sophie Turner

Sophie Turner Sahkan Filem X-Men Terbaru Akan Memulakan Pengambaran Tahun Ini

Tersebar di laman-laman hiburan Hollywood mengenai sebuah filem terbaru X-Men yang bertajuk X-Men: Supernova bakal ditayangkan tidak lama lagi. Filem yang mengambil storyline Dark Phoenix ini dikatakan sedang dalam perancangan oleh pihak studio untuk diterbitkan.

Buat masa ini tiada pengumuman rasmi mengenai projek filem terbaru termasuklah siapa yang bakal mengarah, menulis dan siapa yang bakal membintangi siri X-Men ini.

Bagaimanapun, salah seorang bintang X-Men: Apocalypse, Sophie Turner mengesahkan khabar angin mengenai produksi filem berkenaan apabila dia memberitahu akan terlibat dalam pengambaran filem X-Men yang akan dimulakan tahun ini.

Sophie Turner telah membawa watak Jean Grey dalam timeline terbaru siri X-Men dan sekiranya filem yang dimaksudkan mengenai Dark Phoenix, maka tak mustahil beliau akan menjadi pemain utama untuk filem akan datang nanti.

Jean Gray dilakonkan oleh dua aktress iaitu Sophie Turner (New Timeline) & Famkee Janssen (old timeline)

Sophie memberitahu HeyUGuys, mengenai jadual pengambarannya akan datang:-

“We’re about to start shooting the next X-Men, we’ve just finished shooting Season 7 of [Game of] Thrones, and I’ve got a couple of movies to do before X-Men starts. And then we go on to Season 8.”

Penerbit dan penulis X-Men: Apocalypse Simon Kinberg sebelum ini mengesahkan filem X-Men akan datang akan menyambung siri X-Men sebelum ini dan akan zamannya akan diset 10 tahun selepas event Apocalypse iaitu pada tahun 1990an.

Adakah filem yang dimaksudkan oleh Simon Kinberg ini filem X-Men: Supernova? dan mahukah korang melihat storyline Dark Phoenix dalam X-Men: The Last Stand dibuat semula?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment