Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

X-Men Mungkin Akan Diperkenalkan Dalam Fasa 6 MCU


Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) telah diumumkan di konvensyen San Diego Comic Con yang lalu. Selain itu juga, terdapat beberapa filem sekuel serta filem BladeĀ dan Fantastic Four yang diumumkan Kevin Feige mungkin akan berada di fasa 5 MCU.

Tetapi, yang masih menjadi tanda-tanya adalah filem-filem X-Men. Setakat ini tidak diketahui bilakah Marvel Studios akan memperkenalkan mutant dalam MCU. Dengan prestasi francais filem X-Men yang tidak menentu, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa X-Men mungkin akan lewat diperkenalkan oleh Marvel Studios.

Menurut laporan dariĀ Screenrant, X-MenĀ berkemungkinan tidak akan dibawa masuk dalam MCU sehinggalah fasa 6 akan datang. Ia berdasarkan perancangan Marvel Studios terhadap projek-projek filem dan siri televisyen di fasa 4 MCU dan filem-filem sekuel serta filem baru sepertiĀ BladeĀ di fasa 5.

Contrary to what was initially believed, the titles announced for Phase 4 of the MCU are not a first wave, but the entire Phase, as confirmed by Feige. The previous ones have covered three to four years, and if this is a new strategy from the studio, then Phase 5 will most likely run from 2022-2023, and Phase 6 from 2024-2025. With Blade and Fantastic 4 in development, they will probably be the new series introduced in Phase 5, leaving no room for the mutants to join ā€“ until Phase 6, that is.

Terdapat juga kemungkinan Disney mahu merehat sebentar francais X-Men sebelum Marve Studios menghasilkan semula siri itu mengikut kesesuaian MCU. Apapun, buat peminat siri-siri X-Men, kita rehat sebentar dari menyaksikan para mutant beraksi di layar perak dan memberi peluang buatĀ Fantastic FourĀ danĀ BladeĀ muncul dalam dunia sinematik Marvel.



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee