Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

X-Men: Dark Phoenix Mungkin Mempunyai 2 Episode?


Adakah Fox akan mengikut jejak langkah Marvel membahagikan filem Infinity War kepada dua bahagian? menurut salah seorang pelakon filem berkenaan, Olivia Munn, filem terbaru lakonan beliau itu mungkin akan dibahagikan kepada dua bahagian. Olivia mendedahkan pekara tersebut semasa ditemubual oleh wartawan Collider yang bertanyakan peranan dalam filem terbaru itu nanti.

I don’t know what I’m supposed to say. I’m supposed to be vague. That’s my answer. I’m horrible at that. It’s like a two parter, this movie. That’s more than I’ve said, in general. I don’t know why people have to be so secretive.

Jika benar apa yang diberitahu oleh aktres tersebut, kemungkinan besar filem X-Men: Dark Phoenix akan dibahagikan kepada dua bahagian untuk melengkapnya sebagai satu filem.

Setakat ini, Fox sudah merancang beberapa filem mutant akan datang seperti filem New Mutant dan Deadpool 2 yang kini sedang dalam pengambaran. Selain itu juga, Fox mempunyai 3 filem Fox/Marvel yang belum mempunyai tajuk untuk tahun 2019 dan 3 kali untuk dikeluarkan pada tahun 2020.

Selain muka-muka lama seperti Michael Fassbender, James McAvoy, Jennifer Lawrence, Nicholas Hunt, Tye Sheridan dan Sophie Turner, Olivia Munn telah disahkan akan kembali dalam franchise X-Men dengan membawa wataknya sebagai Elizabeth Braddock a.k.a. Psylocke dalam filem X-Men: Dark Phoenix. 

Filem akan datang akan mengisahkan Jean Grey yang tidak dapat mengawal kuasanya dan telah bertukar menjadi Dark Phoenix yang akan memberi ancaman kepada Bumi. Anggota X-Men terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka demi menghentikan Dark Phoenix dari terus memberi kemusnahan yang akan menyebabkan jutaan nyawa terkorban.


X-Men: Dark Phoenix akan memulakan tayangnya pada 2 November 2018


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee