Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

X-Men: Dark Phoenix Akhiri Tayangan Di Pawagam, Menjadi Filem Teruk Dalam Francais X-Men


Sebagai sebuah filem terakhir dalam sejarah 19 tahun sinematik mutant, X-Men: Dark Phoenix sepatutnya menjadi filem yang mampu memberi nostalgia kepada peminatnya sebelum francais tersebut di’reboot’ oleh Marvel Studios untuk digabungkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku dimana Dark Phoenix menjadi filem paling teruk dalam francais X-Men. Filem arahan Simon Kinberg itu telahpun mengakhiri tayangan dipawagam pada 15 Ogos yang lalu, dan angka yang dicatatkan tidak begitu ‘cantik’.

Kutipan minggu pembukaan sudah menandakan bahawa Dark Phoenix bakal berhadapan dengan masalah. Filem tersebut hanya mampu meraih $32.8 juta dolar, jauh dibelakang filem The Wolverine yang sebelum itu mencatatkan kutipan terendah minggu pembukaan dengan kutipan $53.1 juta dolar.

Pasaran antarabangsa juga tidak mampu membantu Dark Phoenix, dan sepanjang tayangannya sehingga 15 Ogos yang lalu, filem ini hanya mampu meraih $252.2 juta dolar seluruh dunia, dengan kutipan domestik Amerika Syarikat hanya sebanyak $65.8 juta dolar. Kutipan keseluruhan filem ini juga tidak mampu mencabar kutipan filem pertama X-Men yang mencatatkan kutipan sebanyak $296.3 juta dolar.

Dark Phoenix dihasilkan dengan modal yang cukup besar iaitu hampir $200 juta dolar. Kegagalannya di pentas box office menjadi punca utama kerugian Disney pada suku ketiga tahun ini.


X-Men: Dark Phoenix akan mengeluarkan versi digital pada 3 September ini dan versi blu-ray/DVD pada 17 Septembar akan datang.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee