Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Woody Harrelson Secara Rasmi Membintangi Filem Han Solo

Hollywood Reporter: Star Wars’ Woody Harrelson

Selain Rogue One, terdapatĀ satu filem Spin OffĀ StarĀ Wars akan datang dan ditunggu-tunggu oleh peminat filem perang galaksi itu. Filem yang dimaksudkan adalahĀ Han Solo, filem yang mengisahkan salah satu utama dalamĀ Star WarsĀ saga.

Filem ini lebih kepada kisah hero Star Wars semasa dia masih muda. Aktor yang akan membawa watak Han Solo bukanlahĀ Harrison Ford , tetapiĀ Alden Ehrenreich. Beliau bukanlah pelakon yang dikenali tetapi ramai peminat filem merasakan dia sesuai untuk membawa watak tersebut disebabkan karakternya dan personalitinya yang hampir sama dengan Harrison Ford semasa dia muda.

Bagaimanapun, filem Han Solo tetap mendapat sentuhan aktor berpengalaman dan terkenal untuk berlakon dalam filem berkenaan. Terbaru, aktor filem Hunger Games,Ā Woody Harrelson telah diumumkan secara rasmi sebagai salah seorang pemegang watak utama dalam filem ini.

Nama Woody sebelum ini telah disebut-sebut akan membawa watak mentor kepada Han Solo, kemudian setelah beberapa lama (mungkin proses negotiation), pihak Disney telah mengumumkan Woody akan membintangi filemĀ Han Solo.

Kenyataan rasmi pemilihan Woody sebagai pelakon:

“‘We couldn’t be more excited to work with an artist with as much depth and range as Woody,’ directors Phil Lord and Christopher Miller said in the release. ‘His ability to find both humor and pathos, often in the same role, is truly unique.’ They also added, ‘He is also very good at ping pong.'”

Masih awal untuk mengentahui watak siapakah yang akan dibawa oleh Woody nanti. Cuma info awal mengatakan dia akan menjadi Mentor kepada Han Solo semasa muda. Hmm.. wataknya sama seperti dalam filem Hunger Games.

Woody Harrelson akan menyertaiĀ Alden Ehrenreich dan beberapa nama sepertiĀ Donald Glover yang akan membawa watak Lando Calrissian dan jugaĀ bintangĀ Games of Thrones,Ā Emilia Clarke. Difahamkan juga, Chewbacca mungkin akan ada dalam filem Han Solo ini.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment