Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Susulan pengesahan rasmi Warner Bros. mengenai projek Wonka, Collider melaporkan bahawa pihak studio merancang untuk menyenaraikan bintang MCU Tom Holland atau calon Oscar Timothée Chalamet untuk peranan utama dalam filem prekuel Charlie and the Chocolate Factory akan datang

Tom Holland dan Timothée Chalamet adalah dua pelakon Hollywood yang paling hangat pada hari ini, dengan Holland mula mencipta nama selepas muncul sebagai Spider-man dalam filem-filem blockbuster Marvel Studios dan Sony Pictures. Sementara, Chalamet mendapat pengiktirafan kritikal untuk penampilannya dalam filem Call Me by Your Name arahan Luca Guadagnino

Ini bukan kali pertama kedua-dua pelakon muda itu bersaing untuk peranan utama. Chalamet merupakan antara salah satu pelakon yang dipertimbangkan oleh Sony dan Marvel untuk peranan Spider-Man.

Wonka, berdasarkan skrip oleh Simon Rich (An American Pickle), akan memberi fokus kepada zaman muda Willy Wonka dan penggembaraannya sebelum membuka kilang coklat paling terkenal di dunia.  Dijadualkan tayangan pada 17 Mac 2023, filem prekuel ini akan diarahkan oleh Paul King (Paddington) dan diterbitkan David Heyman. 

Charlie and the Chocolate Factory telah dua kali diadaptasikan ke layar perak iaitu versi hit tahun 2005 lakonan Johnny Depp dan arahan Tim Burton, dan yang paling terkenal, diterbitkan pada 1971, Willy Wonka & the Chocolate Factory lakonan Gene Wilder. 

Filem popular ini diadaptasikan dari novel British berjudul sama karya Roald Dahl. Novel kedua Charlie and the Great Glass Elevator tidak pernah diadaptasikan (walaupun unsur-unsurnya digunakan dalam kedua-dua filem), dan penulis Roald Dahl cuba menghasilkan buku ketiga Wonka berjudul Charlie in the White House, namun dia meninggal dunia pada tahun 1990.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee