Wonder Women Di Filemkan Pada 2015 & Justice League 2016

0
252
views

Justice-League3

Nampaknya perang Marvel - DC semakin rancak apabila syarikat produksi Warner Bros. dan DC telah memaklumkan bahawa pembikinan filem Superhero mereka iaitu Justice League dan Wonder Women akan bermula tidak lama lagi. Walaupun sedang sebuk menguruskan filem mereka yang akan datang iaitu Batman V Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad, mereka sudahpun berkira - kira mahu memulakan produksi kedua - dua filem terbaru mereka itu.

Kita dah tahu bahawa Pengarah Zack Snyder telah membuat filem yang mengumpulkan superhero - superhero DC yang dibintang  oleh pelakon seperti Henry Cavill (Superman), Ben Affleck (Batman) dan Gal Gadot (Wonder Women) dalam satu filem. Kini kami ada maklumat lanjut mengenai filem Wonder Women dan Justice League sebelum mereka memulakan pengambaran tidak lama lagi.

Menurut laman hiburan Empire, Patty Jenkins akan mengarahkan filem Wonder Women dan dijangkan akan memulakan pengambaran pada musim luruh tahun ini, manakala Zack Snyder akan memulakan produksi filem Justice League pada musim bunga 2016, iaitu sejurus selesainya pembikinan filem Wonder Women. Dijangka pembikinan filem tersebut akan selesai pada musim panas 2016, dan jika tiada masalah, kedua - dua filem tersebut akan ditayangkan pada 2017 - masa yang cukup banyak untuk mereka melakukan post-produksi.

Wonder-Woman-Batman-V-Superman-Costume-Sword

Kemungkinan, Aktres Gal Gadot akan terus memegang karakter Diana Prince, a.k.a. Wonder Women dalam filem tersebut. Pembikinan filem Wonder Women mendapat reaksi positif yang rata - ratanya teruja apabila superheroin ini akan ditayangkan dilayar perak. Cuma reaksi yang mereka adalah lebih kepada kostum heroin tersebut dan lakonan Gal Gadot sebagai Wonder Women. Kredibiliti Gal sebagai Wonder Women akan kita boleh tengok dalam penampilannya dalam filem Batman V Superman nanti.

Sementara itu, filem Batman V Superman yang akan ditayangkan pada tahun hadapan akan memberi sedikit bayangan bagaimana Batman, Superman dan Wonder Women akan bersatu membentuk Justice League. Mungkin ada sedikit plot mengenai filem Justice League akan ditunjukkan babak kredit filem Batman V Superman.

Dengan kesungguhan DC untuk menghasilkan filem - filem Superhero ini memberikan kelainan kepada para kaki wayang. Jika sebelum ini Marvel mendominasi filem - filem Superhero, kini kita boleh melihat Superhero DC beraksi dilayar perak. Diharap kerjasama DC dan Warner Bros dapat menghasilkan lagi filem - filem berdasarkan komik DC.

Senarai filem - filem DC yang akan ditayangkan

  • Batman V Superman: Dawn of Justice - March 25, 2016
  • Suicide Squad - 5 Ogos, 2016;
  • Wonder Woman - 23 Jun, 2017;
  • Justice League  - 17 November, 2017;
  • The Flash - 23 Mac, 2018
  • Aquaman - 27 Julai, 2018
  • Shazam 5 April, 2019;
  • Justice League 2 - 14 Jun, 2019
  • Cyborg - 3 April, 2020
  • Green Lantern Corps - 19 June, 2020.

Sumber: Empire

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here