Filem Wonder Women membuktikan filem arahan Patty Jenkins itu bukan sahaja sukses dari segi kritikan tetapi juga dari segi komersial. Dengan rating dari laman Rottentomatoes sebanyak 92%, prestasi yang ditunjukkan dari segi kutipan tiket telah membantu DC Extended Universe untuk melepasi angka 3 billion, jumlah kutipan tiket seluruh filem berkenaan.
Menurut laman webĀ Box Office Mojo, kutipan dari empat filem DCEU – iaituĀ Man of Steel,Ā Batman v Superman: Dawn of Justice,Ā Suicide SquadĀ danĀ Wonder Woman –Ā kini telah mencecah $3 billion seluruh dunia.
Sejak ditayangkan pada awal bulan Jun yang lalu, Wonder Women telah mengautĀ $350.5 juta dipasaran US manakala untuk pasaran antarabangsa telah mengumpulĀ $873 Juta.
Kutipan keseluruhan DCEU bakal diteruskan apabila filem kelima DCEU,Ā Justice LeagueĀ akan ditayangkan pada November ini dan dijangka akan terus meningkat dengan mendadak berdasarkan reputasi superhero-superhero DC dikalangan peminat dan penonton filem.