Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Wonder Woman 1984” Tidak Lagi ‘Segar’ Di Rotten Tomatoes

Awal bulan ini, filem adaptasi DC Comics Wonder Woman 1984 telah mencatatkan purata skor 89% peratus di Rotten Tomatoes dengan ‘critic consensus’ berbunyi “Great Hera! Wonder Woman 1984 is an epic dose of heart and vibrant escapism that proves there are still unexpected thrills to be found in superhero cinema.”

Bagaimanapun, menjelang tayangannya, skor filem tersebut telah menurun kepada 80%, namun masih layak untuk ‘disahkan segar’ oleh laman kritik popular itu.

Kini, dengan jumlah 285 ulasan, skor Wonder Woman 1984 merudum ke angka 65% dan tidak lagi ‘Diperakui Segar’ oleh Rotten Tomatoes. ‘Critics Consensus’ telahpun disunting; “Wonder Woman 1984 struggles with sequel overload, but still offers enough vibrant escapism to satisfy fans of the franchise and its classic central character.”

Skor terbaru Wonder Woman 1984 ini pasti memberi kesan pada prestasi box office (walaupun kebanyakkan pawagam di seluruh dunia melaporkan tiket telah habis dijual pada Hari Krismas). Dan bagi Warner Bros., sudah tentu memberi tamparan besar kepada studios tersebut, lebih-lebih lagi selepas mereka mempromosikan “Certified Fresh” oleh Rotten Tomatoes pada setiap TV Spot filem tersebut.

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.

Wonder Woman 1984 kini sedang ditayangkan di beberapa pawagam tempatan terpilih

Related posts

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

Leave a Comment