Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Wonder Woman 1984” Menjadi ‘Busuk’ Di Rotten Tomatoes

Filem terbaru DC Wonder Woman 1984 menerima tamparan hebat apabila penilaiannya di laman Rotten Tomatoes jatuh ke paras bawah 60 peratus.

Dengan jumlah 377 ulasan, skor terkini Wonder Woman 1984 adalah 59 peratus, sekaligus mengubah status filem itu dari ‘Fresh’ ke ‘Rotten’. Skor terbaru ini pasti memberi impak kepada tayangan Wonder Woman 1984, terutamanya dari segi kutipan box office. 

Sehinggakini, Wonder Woman 1984 telah mengutip lebih $118 juta dolar seluruh dunia, manakala dari segi langganan HBO Max, WarnerMedia hanya mengeluarkan kenyataan, “..memecah rekod dan melebihi jangkaan kami..” tanpa mendedahkan sebarang data mengenai langganan HBO Max.

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.

Wonder Woman 1984 kini sedang ditayangkan di beberapa pawagam tempatan terpilih

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment