Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Wonder Woman 1984” Kutip $85 Juta Dolar Seluruh Dunia, Umum Filem Ketiga

Selepas melancarkan filem Wonder Woman 1984 di HBO Max dan pawagam, studio Warner Bros. terus mengumumkan filem ketiga, dengan Patty Jenkins dan Gal Gadot kembali sebagai pengarah dan bintang utama. Pengumuman tersebut dibuat oleh ketua Warner Bros., Toby Emmerich

Sementara itu, Wonder Woman 1984 dengan mudah menguasai kutipan box office seluruh dunia apabila mencatatkan kutipan sebanyak $85 juta dolar. Dari jumlah tersebut, sebanyak $16.7 juta telah dicatatkan dipasaran domestik A.S, kutipan paling tinggi sepanjang musim pandemik COVID-19. Manakala $68.3 juta telah dicatatkan di 42 pasaran antarabangsa, termasuklah Malaysia. 

Wonder Woman 1984 mendapat penerimaan penonton dengan gred B+ di CinemaScore, manakala di laman Rotten Tomatoes, filem sekuel ini mencatatkan skor sebanyak 65% dari 290 ulasan. 

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.

Wonder Woman 1984 kini sedang ditayangkan di beberapa pawagam tempatan terpilih

Related posts

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

Kakimuvee

HBO ANNOUNCES THE IRON ANNIVERSARY TO COMMEMORATE THE 10TH ANNIVERSARY OF GAME OF THRONES

Zulaikha

#MakeTheBatfleckMovie Trending Di Twitter, Peminat Mahu Filem “The Batman” Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Kakimuvee

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha

“Godzilla vs. Kong” Kumpul AS$$358 Juta Dolar Seluruh Dunia, “Mortal Kombat” Kutip AS$11 Juta Pada Minggu Pertama

Kakimuvee

Penggambaran “Black Adam” Telah Bermula, Dwayne Johnson Kongsi Gambar Belakang Tabir

Kakimuvee