Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

WONDER WOMAN 1984: Gambar Terbaru Gal Gadot Sebagai Diana Prince Untuk Majalah Perancis

Keluaran terbaru majalah Perancis, French Premiere Magazine telah memberikan gambar terbaru Wonder Woman 1984 kepada peminat.

Gambar tersebut menampilkan Diana Prince (Gal Gadot) bergaya dengan latarbelakang yang pernah dilihat peminat, manakala beberapa gambar lain memaparkan superheroine itu menggunakan Lasso of Truth dan gambar dari salah satu babak Wonder Woman 1984 yang turut menampilkan Steve Trevor (Chris Pine). Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Wonder Woman 1984 akan berlatarbelakangkan era 80an dimana Wonder Woman akan bertemu seterunya terhebatnya iaitu The Cheetah lakonan Kristen Wiig. Filem akan datang turut dibintangi Pedro Pascal dan Chris Pine yang kembali memainkan peranannya sebagai Steve Trevor.

Filem ini diterbitkan Patty Jenkins, bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot. Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 14 Ogos 2020.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment