Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Wonder Woman 1984 Bakal Memperkenalkan “Invisible Jet” Millik Diana

Wonder Woman telahpun membuat tiga kemunculan dalam DC Extended Universe (DCEU) menerusi filem Batman V Superman, Wonder Woman dan Justice League. Namun terdapat kekurangan disebalik kemunculannya dalam tiga filem yang disebutkan tadi, iaitu ketiadaan kenderaan ‘Invisible Jet’ milik Wonder Woman.

Kini, buat pertama kali peminat berpeluang untuk melihat Wonder Woman menggunakan kenderaannya itu menerusi filem Wonder Woman 1984. 

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, sumber yang mendedahkan sut terbaru Wonder Woman (sut berwarna emas) mengesahkan bahawa, kenderaan ikonik Diana itu bakal diperkenalkan dalam filem Wonder Woman seterusnya.

Cuma, peminat mungkin tidak dapat melihat padangan pertama kenderaan Wonder Woman itu kerana ianya … “halimunan”.

Apapun, Wonder Woman 1984 kini masih dalam proses penggambaran, dan plot filem masih lagi tidak diketahui. Laporan sebelum ini menyebut, filem terbaru akan datang tidak akan bertindak sebagai sekuel, tetapi lebih kepada filem ‘standalone’.

Watak Steve Trevor lakonan Chris Pine juga akan membuat kemunculan dalam akan datang, dan bagaimana wataknya dihidupkan kembali masih lagi tidak diketahui.

Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman. Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, dan Kristoffer Polaha

Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment