Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Wonder Woman 1984 Akan Ditayangkan Di HBO Max & Pawagam Terpilih

Selepas tertangguh beberapa kali dan khabar angin mengenai tayangan di platform streaming, akhirnya Warner Bros. mendedahkan secara rasmi bahawa filem Wonder Woman 1984 akan ditayangkan di HBO Max dan dipawagam terpilih.

“We appreciate how patient audiences have been and given the great anticipation around Wonder Woman 1984 we are grateful to be able to make this terrifically entertaining movie widely available in these challenging times,” – kenyataan yang dikeluarkan ketua Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich. 

Wonder Woman 1984 akan mula ditayangkan HBO Max dan pawagam di US pada perayaan Krismas ini. Untuk pasaran Malaysia, kita perlu menantikan pengumuman Warner Bros. Malaysia memandangkan situasi pandemik memaksa pawagam tempatan ditutup sehingga di beritahu kelak, dan perkhidmatan HBO Max masih belum tersedia disini. 

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.

 

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating