Slot Asia

Saksikan Gelagat Won Jin Ah Bermain Ice Skating Bersama Ji Chang Wook Dalam Video “Melting Me Softly”

Views

tvN telah kongsikan video belakang tabir drama Melting Me Softly yang memaparkan gelagat para pelakonnya. Antara yang ditunjukkan adalah gelagat Won Jin Ah yang mengalami kesukaran untuk bermain Ice Skating bersama Ji Chang Wook. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Melting me Softly mengisahkan mengenai seorang lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam projek pembekuan selama 24 jam tetapi tersedar 20 tahun kemudian. Sebaik sahaja mereka bangun, kedua-dua mereka mengalami kesan sampingan yang berbahaya di mana mereka mesti mengekalkan suhu badan 33 darjah Celsius (kira-kira 91.4 darjah Fahrenheit) untuk bertahan.

Watak Won Jin Ah sebagai pekerja sambilan di sebuah stesen penyiaran yang menerima tawaran untuk menyertai “Projek Manusia Beku” di mana dia akan diberikan 5 juta won (kira-kira RM 17k) sebagai pertukaran untuk dibekukan selama 24 Jam.

Drama bersiri ini akan ke udara setiap Sabtu dan Ahad jam 9 p.m waktu tempatan.

BACA:  Gong Yoo Berminat Bintangi Drama Goblin Musim Kedua

Tinggalkan Balasan

shares