Filem aksi terbitan Astro Shaw dan GSC Movies, Wira bermula dengan baik apabila berjaya meraih RM2.2 juta dalam tempoh 4 hari tayangannya.
Wira diarahkan pengarah filem Paskal, Adrian Teh dan dibintangi pelakon seperti seperti Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, dan Yayan Ruhian.
Filem ini berkisarkan tentang Hassan yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara.
Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.
Wira kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.