Winter Soldier dan Black Panther di Set Pengambaran Captain America: Civil War

0
247
views

Winter-Soldier-bucky-barnes-winter-soldierWint

Captain America: Civil War merupakan filem pertama untuk fasa ketiga filem-filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem Ant-Man adalah filem terakhir fasa kedua (MCU) dan ianya telah pun ditayangkan pada 17 Julai yang lalu. Filem terbaru Marvel akan datang ini menjadi bualan para peminat filem-filem Marvel seluruh dunia kerana ianya akan menyaksikan para superhero akan bertembung sesama sendiri nanti.

Semasa babak ‘post credit’ filem Ant-Man, kita boleh melihat bagaimana Steve Rogers a.k.a Captain America dan Sam Wilson atau Falcon sedang mencari musuh mereka yang juga kawan baik Steve, iaitu Bucky Barnes dan juga membayangkan Scott Lang atau Ant-Man 2.0 akan menyertai mereka dalam perang saudara antara Iron Man dan Captain America.

Untuk entry kali ini, kami ingin tunjukan serba sedikit gambar-gambar Winter Soldier dan Black Panther di set pengambaran filem Captain America: Civil War

Gambar Black Panther (lakonan Chadwick Boseman), karakter terbaru Marvel dalam filem terbaru Captain America

 Bucky Barnes / Winter Soldier dan Sam Wilson / Falcon

Tweet gambar Bucky Barnes dan Sam Wilson diambil diset pengambaran di Jerman dimana aktor Tom Holland turut ke sana untuk sesi pengambaran karakter Spider-Man yang bakal muncul dalam filem Captain America: Civil War. Tweet gambar diatas mungkin menunjuk bahawa mereka berdua berada dalam kumpulan yang sama menentang kumpulan Iron Man.

Gambar-gambar lain yang boleh anda tonton.

black panther

bucky barnes

captain america

Filem Captain America: Civil War ini adalah adaptasi dari komik Captain America: Civil War, lukisan Mark Millar dan Steve McNiven dan ditulis oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely. Filem ini akan ditayangkan pada 6 May 2016. Anda boleh melihat gambar-gambar lain di laman web comicbookmovie.com

sumber: comicbookmovie.com & screenrant.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here