Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Willem Dafoe Sertai Sekuel Beetlejuice Yang Diterajui Jenna Ortega


Bintang terkenal, Willem Dafoe disahkan membintangi filem sekuel Beetlejuice 2. 

Menurut laporan, Dafoe akan memainkan watak pengawai berkuasa di alam kematian, bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai peranannya itu masih belum didedahkan. Butiran plot filem akan juga disimpan rapi, dan peminat yang menantikan sekuel filem ini hanya mengentahui tarikh tayangan filem tersebut iaitu pada 6 September 2024.

Dafoe menyertai barisan pelakon bintang yang terdiri daripada Michael Keaton, yang meneruskan peranannya sebagai Beetlejuice, manakala Winona Ryder akan kembali memainkan peranannya sebagai ibu kepada watak Jenna Ortega. Catherine O’Hara, Justin Theroux dan Minica Bellucci juga akan muncul dalam filem akan datang. 

Beetlejuice 2 sekali lagi diarahkan oleh Tim Burton, dan ini menandakan kepulangan Burton sebagai pengarah selepas kali terakhir mengarahkan filem aksi-langsung Disney, Dumbo pada 2019. 

Projek sekuel ini telah dibangunkan selama tiga dekad, dan perancangan awal Burton adalah menetapkan latarbelakang sekuel di Hawaii. 


Beetlejuice dibintangi Michael Keaton, Winona Ryder, Catherin O’Hara, Jeffrey Jones, Alec Baldwin, dan Geena Davis. Filem ini berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang telah meninggal dunia yang meminta khidmat poltergeist yang menjengkelkan dan nakal dari Netherworld untuk menakutkan penghuni di bekas rumah mereka.

Sejak penampilan sulungnya, ia memperoleh kejayaan kritikal dan komersial dengan kutipan box office lebih $73 juta. Disebabkan kejayaan dan pengaruh budaya pop, ia telah menghasilkan siri animasi, permainan video dan muzikal pentas.


Related posts

Bintang ‘Wednesday’ Jenna Ortega Memperoleh 10 Juta Pengikut Instagram Dalam Tempoh 10 Hari

Kakimuvee

“Wednesday” Berjaya Cipta Rekod Penstriman Baharu Netflix

Kakimuvee

Michael Keaton Terus Goda Kepulangannya Sebagai Batman Dalam Gambar Terbaru

Kakimuvee

Gambar Set Penggambaran “Batgirl” Dedah Pandangan Pertama Michael Keaton Dalam Sut Batman

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Willem Dafoe Dilihat Berada Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee